Kelas Microsoft Office – Words, Excel, Powerpoint, Publisher & Advokasi
7 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Office dan menggalakkan penggunaan internet secara berhemah dalam kalangan peserta.
Dalam kelas ini, peserta mengulangkaji mengenai Microsoft Office yang telah dipelajari selama ini. Microsoft Office merangkumi Words, Excel, Powerpoint dan Publisher yang mempunyai tetapan serta fungsi yang berbeza mengikut keperluan pengguna. Peserta yang telah mengikuti kelas Microsoft Office sebelum ini diuji pengetahuan dan kemahiran mereka menggunakan alatan-alatan berbeza yang terdapat dalam Microsoft Office.
Selain itu, peserta turut dididik mengenai buli siber. Mereka diingatkan supaya mengamalkan kawalan kendiri semasa melayari internet supaya tidak menjadi sasaran pembuli siber dengan memadam atau menghentikan langganan secara online. Peserta juga boleh melaporkan perkara tersebut kepada guru, penjaga atau orang dewasa yang mereka percayai untuk mengelakkan perkara ini daripada menjadi lebih buruk. Peserta digalakkan untuk menyemak kesahihan berita yang diterima sebelum berkongsi berita tersebut dengan melayari laman web Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: